Please like us on FB

Tuesday, 9 February 2016

APA ITU KRISIS PENYEMBUHAN / HEALING CRISIS




Pernakah anda dengar tentang krisis penyembuhan atau healing crisis?

Healing crisis atau krisis penyembuhan adalah salah satu proses pembuangan toksin yang terkumpul dalam badan sepanjang hidup. Maksud 'healing crisis" ialah proses berterusan dalam badan yang mengambil masa untuk membersih dan membina semula sel-sel badan yang telah rosak akibat radikal bebas. Semasa proses penyingkiran toksin, badan akan mengalami tanda dan simpton yang membuatkan rasa tidak selesa, dalam perubatan china, penyembuhan terbaik sentiasa didahului dengan krisis penyembuhan.

Apa kata pakar nutrisi molekul ni (Prof.Yoshio Niwa)

-bila kita menambah pengambilan nutrien, nutrien itu akan bertindak balas dengan oksigen didalam badan. Dan tindak balas ini akan merangsang organ badan bagi menjalankan pembersihan, penyingkiran, menggantikan tisu yang lama dengan tisu baru. Krisis penyembuhan normal terjadi selepas mengambil makanan tambahan.

Apabila mengalami krisis penyembuhan ia merupakan satu petanda menunjukkan rawatan atau makanan kesihatan yang diambil berkesan. Ada yang memikirkan bahawa simptom mereka semakin teruk tetapi ia adalah proses penyembuhan semulajadi.


Tanda - tanda & Penyebab Healing Crisis


Sakit kepala yang melampau
Tekanan darah tinggi, pentanda menyahtoksin

Demam
Tidak cukup rehat imunisasi badan
Meningkatkan metabolisme, merangsang fungsi

Cirit birit, najis berbau, air kencing berbau
Petanda bagi menyahtoksin, membuang bahan buangan dan sisa-sisa dalam usus besar.

Kembung perut
Sistem penghadaman yang lemah

Ruam, kulit gatal, kelumumur, keluar lendir
Fungsi hati yang lemah, usus besar yang tidak sihat dan sistem pembersihan

Berkahak 
Petanda bagi menyahtoksin

Peningkatan rasa sakit di bahagian badan bermasalah
Mempercepatkan krisis penyembuhan

Rasa sakit sendi dan otot  
Badan berasid, toksin terkumpul dibahagian yang sakit

Pendarahan hidung
Petanda bagi kekurangan darah

Kitaran haid tidak menentu, lendir yang banyak
Hormon yang tidak seimbang/penyakit buasir

Lapar dan Pening 
Tekanan darah rendah, anemia

Loya, Sembelit, Tersedu
Sistem penghadaman lemah, masalah hati

Edema (membengkak)
Masalah buah pinggang

Berapa lama healing crisis ni berlaku?

Setiap orang akan mengalami proses penyembuhan yang berlainan. Ada yang akan mengalami krisis penyembuhan sebaik sahaja mereka ambil makanan tambahan dan ada yang akan merasai selepas satu atau dua bulan, lebih banyak toksin didalam badan, lebih tinggi potensi krisis penyembuhan yang akan dialami. Tempoh masa yang dialami juga berbeza mungkin 2-3 hari, 1-2 minggu atau berbulan lamanya (tidak ramai).

Ramai yang bertambah baik, tak kurang juga yang tidak merasai sebarang perubahan, sepatutnya kalau kita ambil makan tambahan 1-2bulan. Kita patut dah boleh rasa perubahan, sekurang-kurangnya makin bertenaga, pergerakan sistem usus yang lebih baik dan lain-lain. Jikalau tidak ada apa-apa perubahan mungkin ada yang tidak kena seperti tidak mengamalkannya dengan konsisten, tidak mengikut dos yang disyorkan, terus berhenti bila mengalami healing crisis sebab takut, pemakanan yang tidak sempurna, gaya hidup yang tidak sihat, mengalami penyakit kronik yang memerlukan tempoh untuk sembuh, mengalami masalah emosi dan lain-lain.

Yang Penting : ANDA JANGAN PANIK atau RISAU SEKIRANYA MENGALAMI KRISIS PENYEMBUHAHIa bukan satu petanda ketidakserasian, atau badan anda tidak sesuai dengan vitamin yang diambil, malah ia adalah petanda yang bagus untuk tubuh badan kita. 


Bagaimana untuk menangani Krisis Penyembuhan ni?

~ Banyakkan minum dengan air kosong / masak (3 - 4 liters 1 hari)  bagi menggalakkan badan anda untuk mengepam dan menyinkirkan toksin.
~ Kurangkan dos pengambilan Makanan Tambahan (supplement) / ambil selang sehari.
~ Jangan berhenti mengambil vitamin anda
~ Berfikiran positif dan sentiasa bersabar   

Pengalaman saya makan mula-mula makan MAS B17 ni, macam biasa je. Saya tidak mengalami healing crisis. Cuma Mak dan Ayah saya ada rasa PENING dan TAK BERMAYA dalam 2 hari. Lepas tu dah takde.. Saya dan sekelaurga dh makan MAS B17 ni hampir 3 tahun.. Alhamdullillah dengan izin ALLAH kehidupan kami sekeluarga semakin sihat dan bertenaga.

Semoga info-info ini membantu sedikit sebanyak penguna-penguna MAS B17 dalam menghadapi krisis penyembuhan.. 


No comments:

Post a Comment

Anda Mungkin Berminat Dengan Post ini:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...